Infiniti (Sajak)

AKU tidak begitu mengetahui bagaimana diriKu bermula dan tak tau kenapa diri AKu di sini. Adakah AKU di dalam? ataupun AKu di luar? Ataupun diri AKU tiada di ruangan mahupun di lorong Masa? Apakah AKU di Awal skrip Plan Alam ataupun AKu sedang berada di hujung mahupun AKU sedang menggubahnya agar INFINITI menjadi destinasi Pencarian AKU dalam Ilusi yang telah mengalami Evolusi sejak bila tanpa AKU sadari bahawasanya Sisa itu menjadi Permulaan suatu Pengakhiran yang adakah Muktamad ataupun sekadar mengulangi Ilusi yang terus-menerus disadari dalam kesadaran Keinginan untuk terus Wujud walaupun ianya dikatakan Evolusi dalam suatu Ilusi !!!!

Ayat Kursi (Hati Al-Quran)

Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya).

Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya.

Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

(Al-Baqarah: 255)

Jadual bertugas Ujian selaras 4-6 mac,09'

  • 4 March (rabu):Biology : 12.15tgh-1.45ptg,Act5
  • 5 March (Khamis): Sains:8.00-9.30pg,Bim 3
  • 6 March (jumaat): Geografi:10.45pg-12.00tgh, Act 3

Jadual Pencerapan Sem I, 2009

  • Pencerap: KJ Bahasa 10-12 mac 2009

Cuti sekolah MRSM/kementerian

  • SEMESTER 1
  • Sesi Persekolahan 1..5 Jan-13 Mac
  • Cuti Mid-sem1..14-22Mac
  • Sesi Persekolahan 2..23mac-29Mei
  • Cuti Sem 1..30Mei-14jun
  • Minggu aktiviti sem I..1-8mac
  • SEMESTER 2
  • Cuti Mid-sem2..22-30ogos/sama
  • Sesi Persekolahan 4,31ogos-20nov/sama
  • Cuti Sem2 21 Nov09-3jan10/sama
  • Minggu Aktiviti sem2 1-8Ogos

Thursday, November 20, 2008

Guru Nuh Ha Mim

Nama Beta Sultan Alauddin

-- Bab - Sultan Alauddin belajar tasawuf
by Faisal Tehrani


MENURUT cerita orang, seorang guru tasawuf dari negeri China barutiba di Melaka, menawarkan ilmunya untuk mengajar ilmu kalam dan ilmutasawuf.

Nuh Ha Mim, guru agama berbangsa Cina itu menetap di Hujung Medini.Sekarang ini di Melaka pekan ini dinamakan Ujong Tanah. Tidak jelasbagaimana tok guru Nuh Ha Mim ini boleh datang dari negeri China danmenginap di Melaka. Apa yang jelas, tok guru itu tidak datang bersamarombongan Hang Li Poh.

Menurut orang setempat tok guru tersebut berhijrah dari Chinabersama anak perempuannya setelah dakwahnya diganggu pemerintah danpenjahat. Nuh Ha Mim telah berhijrah ke Maguindanao dan mengislamkanramai masyarakat di sana. Sekarang ini Maguindanao adalah wilayah didalam negara Filipina.

Ketika itu Kerajaan Islam Maguindanao belum ada lagi. Tok gurutersebut juga banyak mengislamkan orang di Manila. Memang waktu ituKesultanan Islam Manila belum kukuh. Tetapi ramai juga yang berjayadiislamkan oleh Nuh Ha Mim. Kemudiannya nanti kerajaan Islam di Manilaini jatuh di tangan penjajah Sepanyol dalam tahun 1571 dan ramaipenduduk Manila yang sebenarnya Melayu, murtad menjadi penganutKristian. Setelah beberapa lama di Sulu, Nuh Ha Mim berpindah ke PuloUpih.

Sekarang ini Pulo Upih ialah Pulau Upih di perairan negeri Melakayang kurang dipedulikan orang. Madrasah di Pulo Upih memang tersohorwaktu itu dalam menawarkan pengajian tasawuf. Nu Ha Mim menjadi salahseorang guru di sana. Antara muridnya termasuklah Sunan Kalijaga danSyeikh Sutabris. Apabila muridnya makin ramai, Nuh Ha Mim berpindah ketanah besar iaitu di Hujung Medini dan membuka pengajian di rumahnya.

Tatkala itu Sultan Alauddin belum bergelar sultan lagi. Bagindahanya dikenali sebagai Raja Husain. Baginda yang memang sukakan ilmuamat berminat untuk berguru dengan Nuh Ha Mim tetapi tidaklah semudahitu.

Pada mulanya memang sedikit sukar Raja Husain meyakinkan Nuh Ha Mimbahawa baginda memang benar-benar berniat dan mahu belajar tasawuf.Berulang-alik Raja Husain ke Hujung Medini. Berulang kali Raja Husainmeyakinkan Nuh Ha Mim bahawa baginda tidak mahu menjawat takhta menjadiSultan Melaka. Baginda tahu ada orang alim yang memang kurang gemarbergaul dengan pembesar-pembesar dan keturunan raja-raja.

“Tak hendak kita menjadi sultan. Apatah lagi kekanda Raja Ahmadlebih layak menjadi pemerintah mengikut turutan. Tidak ada sebab tokguru mahu menolak kita dari menjadi murid. Dinding emas perak lidahkita, bahawa tak terlintas di hati mahu menjadi raja. Kerja menjadiraja itu banyak tanggungjawabnya. Tak terpikul kita.

“Kalau ada seekor lembu patah kaki kerana jalan di Melaka ini rosakberlubang, nanti akan ditanya Allah di hari akhirat mengapa sultantidak memperbaiki jalan. Kita bukan jenis yang mampu memikul kerjasebesar itu. Biarlah kita mengaji agama saja daripada tok guru.”

Tok Guru Nuh Ha Mim masih belum mahu menerima dengan mudah Raja Husain menjadi muridnya. Tok guru itu meletakkan syarat pula.

“Datangkan kepada kita tujuh jenis benda yang bukan ada hargamelainkan kita meletakkan harga padanya, ia bermula ejanya dengan hurufsin.”

Berpeluh Raja Husain, “Tok guru berilah kita petanda satu demi satu agar dapat dipuaskan hati seorang guru.”

“Benda pertama bermula ejanya dari huruf sin itu duduknya di bawah punggung kita.”

Bergegaslah Raja Husain ke Pasar Melaka mendapatkan safra untuk Nuh Ha Mim.

“Inilah kain alas, duduknya di bawah punggung tok guru. Bukanlah ia benda berharga jika tidak dihargai begitu.”

“Datangkan kita sebuah rumah kecil, tidak berpenghuni lagi, tidak ada kekayaan lagi di rumah itu.”

Penuh teka-teki. Tetapi Raja Husain remaja yang pintar. Fikirannyaberjalan kerana banyak menelaah kitab. Bukan seperti kekandanya RajaAhmad yang sepanjang siang berhibur dengan irama-irama, tarimenari danbersuka gembira daripada sekian dayang. Bergegaslah Raja Husain kehutan di sekitar Paya Rumput, mencari pohon yang di puncaknya atau padadahannya tersangkut sarang lebah yang sudah ditinggalkan.

“Inilah sambang. Sarang lebah sudah kosong tiada berisi keranaditinggalkan penghuninya. Memang ia tiada kekayaan lagi kerana madunyasudah habis dipungut orang. Tiadalah ia punya erti apa-apa lagi.”

Nuh Ha Mim tersenyum, masih menduga lagi, “Benda ketiga bermulaejanya dari huruf sin itu hanyalah mengisi air dari hujung jari kita,tidak punya erti apa-apa lagi.”

Raja Husain berlari pulang ke istana, masuk ke dapur dan mencemaskansekian dayang dan tukang masak kerana raja muda menggeledah dapurmencari sangku.

Berlarian

“Inilah tok guru, sangku, bekas basuh tangan, menadah air daripada jari-jemari tok guru yang selesai menjamah hidangan.”

“Benda seterusnya ialah tidak cukup ia menjadi satu, tidak laku iadi Pasar Melaka.” Nuh Ha Mim terus menguji kesabaran bakal anakmuridnya.

Tanpa berlengah Raja Husain berlarian ke Pasar Melaka dan kembalisemula mempersembahkan, “Inilah kita bawakan sekepeng. Tak cukup iamenjadi satu, tak laku ia untuk digunakan membeli apa-apa barangan pundi Pasar Melaka hatta kayu gaharu atau kapur barus sekalipun.”




Masih belum sempurna permintaan kita. Ayuh carikan segera sesuatuyang jika tidak ada habis rosak kepala Raja Ahmad, jika ada berertilahsedikit kepalanya.”

Di situlah Raja Husain tergendala. Lama juga baginda berfikir apakahsesuatu yang jika tidak ada, habis rosak kepala Raja Ahmad. Benda ituharus bermula dari huruf sin. Pening kepala juga Raja Husainmemikirkannya. Hakikat bahawa benda itu melibatkan Raja Ahmadmenyebabkan Raja Husain bertambah gusar. Hampir-hampir Raja Husainputus asa.

Raja Husain pun bertandang ke rumah Nuh Ha Mim merayu supaya diberi petunjuk yang lain,

Nuh Ha Mim senyum sahaja. “Selangkas betik berbuah masakan tak terduga anakanda apakah ia yang penuh di kepala Raja Ahmad?”

Dengan petanda yang kecil itulah Raja Husain kembali ke istana danbertanyakan inang yang menjaga Raja Ahmad. Setelah mendapat jawapan,bersorak gembira Raja Husain dan diucap-ucapkan alhamdulillah tidakputus-putus. Raja Husain berlari ke Hujung Medini mempersembahkanselisik.

“Inilah ia, penuh kutu di kepala Raja Ahmad, jika tiada selisik maka rosaklah kepala baginda raja mahkota.”

Nuh Ha Mim tersenyum, masih ada dugaan yang belum dipenuhi lagi. “Dapatkan kita benda yang ada lok pun tidak berguna.”

Raja Husain yang bijaksana itu segera mendapatkan sepukal. Dimintanya daripada seorang hulubalang tua.

“Tuk guru inilah sepukal, keris yang sudah haus matanya, lurus keloknya dan tumpul pula.”

“Baiklah, inilah yang terakhir. Dapatkan benda yang tiada harga padaSultan Mansur Syah. Sudah kelabu, jika di akhirat lebih celaka jika takdapat melepasinya.”

Sekali lagi Raja Husain terperangkap di situ. Lama baginda menilikmemerhatikan baginda sultan hingga Sultan Mansur Syah ayahandanya, punnaik kehairanan.

“Apa gerangan anakanda berkelakuan aneh sebegini?”

“Tidak ada apa-apa. Cuma anakanda memikirkan apakah yang ada pada ayahanda akan terbelah tujuh di akhirat nanti.”

Sultan Mansur Syah tersenyum. “Pada hemat ayahanda seperti yangayahanda maklumi daripada guru ayahanda Kadhi Yusuf, kalau berbuat amalyang baik maka rambut sehalus dibelah tujuh pun dapat kita seberangi.”

Rambut

Mata Raja Husain bercahaya.

“Ampun tuanku ayahanda, jika tiada keberatan, anakanda mengharapkan sehelai rambut tuanku yang telah beruban putih kelabu itu.”

“Untuk apa?”

“Dibuat kenang-kenangan.”

Sultan Mansur Syah ketawa. “Aneh sungguh anakanda. Baiklah apasalahnya.” Baginda Sultan Mansur menanggalkan destarnya.“Mari, cabutlahuban ayahanda seberapa banyak pun yang anakanda mahu.”

Raja Husain keriangan, tanpa berlengah lagi dimasukkan helai rambut itu ke dalam botol kecil dan dibawa pantas ke Hujung Medini.

“Tuan guru, inilah surai baginda ayahanda Sultan Mansur Syah.Surainya putih beruban dan di akhirat kelak jika berbuat amalan baikwalau dibelah tujuh sehalusnya pun akan dapat diseberangi titian sirat.”

Nuh Ha Mim angguk. Akur. Menepuknepuk bahu Raja Husain. “Safra itutempat alas duduk. Dunia ini begitulah tidak lebih besar dari alasduduk. Kita buat alas sekejap sahaja pada punggung kita. Dunia iniibarat sambang, sarang lebah yang kosong. Madu kekayaannya untuk oranglain. Habis juga nanti. Yang tinggal dunia yang kosong, ternampak dariluar pada kulit sahaja, menampakkan bentuk seperti sebuah sarang yangpunya semua tetapi rupa-rupanya sambang sahaja.

“Sangku itu tempat kita menadah kotoran di tangan atau sisa makanan,itu sahajalah taraf dunia ini, tak lebih dari itu. Janganlah kitamembesarkan sangku kerana ia hanyalah mangkuk menadah air basuhan takpunya apa-apa kelebihan. Sekepeng begitulah dunia ini, tidak ada ertiapa-apa. Apa lakunya sekepeng di Pasar Melaka? Apa lakunya kekayaansekepeng di sisi Tuhan?

“Yang kita bawa menghadapnya, iman dan amal sahaja. Selisik,begitulah dunia, seumpama sikat untuk menanggalkan segala kutu yangmelekat di kepala. Kebendaan yang dicari manusia dan kemasyhuranhanyalah kutu yang perlu kita tanggalkan, kita bersihkan denganselisik. Pada sepukal sedarlah kita yang kehebatan manusia itusementara. Tajam akan menjadi tumpul. Lok akan menjadi haus.

“Tidak ada kehebatan dan keperkasaan melebihi kehebatan dankeperkasaan Tuhan. Surai, marilah anakanda kita bertakwa kerana itusahaja yang akan menjaga kita pada hari kita harus menyeberang titiansehalus surai dibelah tujuh. Rasmilah anakanda menjadi murid kita hariini.”

Raja Husain angguk, mengerti, sebulat hati memahami. Bermulalahpelajaran tasawuf untuk seorang bakal sultan. Sultan Alauddin RiayatSyah, Sultan Melaka yang ketujuh.

Begitulah kisahnya, seperti yang diperikan kemudian dalam SejarahMelayu bagaimana Sultan Alauddin yang alim lagi berani itu membinaperibadinya sejak anak-anak lagi.

------------------------------


kalu ikut dakwaan SejarahNagaraKedah, mesti diorang kata citer ni nawok je kot... almaklumlah sejarah versi mereka je yg betul. Citer pasal kesultanan melaka hanyalah sekadar citer rekaan Sultan Tajuddin (kalu dop salah) masa tinggal dlm buangan kat Melaka...kihkihkih...

Tuan Pengembara Alam n forumer atasbawah, ada x apa2 maklumat psal beliau ni? tq

Thursday, May 29, 2008

Kem Bio MRSM Mersing 2008

Ini adalah foto-foto Kem Bio (seperti diwar-warkan dalam posting yang lalu). Gambar ini sumbangan Atiqaturn (anak homeroom).Khabarnya seronok..tak taulah sebab aku tiba-tiba je kena pi kursus penaksiran bio di Hotel Quality untuk guru-guru zon selatan (tapi kenapa buat di KL?..mungkin nak mudahkan penganjur kot..)




Monday, May 26, 2008

Keputusan Exam Semester 1, 2008 korang..

Kepada yang cemerlang..tahniah dan syabas atas usaha gigih anda selama ini..

Kepada yang kurang cemerlang..takziah..tanya dan kaji diri sendiri kenapa anda tak mampu untuk dapat lebih cemerlang..

Kepada anak-anak homeroom Cemerlang 5..selagi ada dapat Anugerah Pengetua selagi itu aku dapat makan kat hotel (gurau je..makan kat rumah lg sedap)

Anyway..life goes on (dunia belum kiamat lagi)..enjoy your holiday

From : Cikgu Rahman Mersing

Homeroom 5 cemerlang
page 1

page 2

page 3
Sila 'klik' pada result untuk besarkan imej



Science 2 Zuhal

Science 2 Musytari

Biology 4 Uranus


Biology 4 Zuhal
Sivik 4 Uranus

Sivik- 4 Acturus

Sunday, May 25, 2008

Teleportasi jasad baru ke alam lebih tinggi...Shape Shifter !!!

Pada suatu hari, dalam kebosanan, Ahmad termenung di hadapan komputernya. Untuk memenuhkan masa kebosanannya, dia telah melayari internet dan memuat turun game komputer yang lama iaitu PacMan. Game ini sudah boleh didapatkan secara percuma melalui internet kerana ciptaannya telah berusia lebih dari 20 tahun (undang-undang hakcipta paten antarabangsa). Ahmad pun memasang game tersebut dan memulakannya. Sebelum Ahmad klik butang “Start”, kelihatan PacMan tersebut sedang berlari-lari memakan biji berwarna putih dan sekali sekala memakan buah-buahan sambil dikejar hantu. Sambil game tersebut bermain dalam mode “Demo”, Ahmad pun berkata,”Hai la PacMan, kenapalah kerja kau asyik hanya makan biji putih dan berlari-lari?”.


Tiba-tiba satu suara menyahut,”Siapakah itu???”

“Err…kamukah yang bercakap itu wahai PacMan?”, dan PacMan membalas,”Y-y-y-ya”. PacMan yang dalam ketakutan kerana terdengar suara Ahmad memberi salam “A-a-assalamualaikum, siapakah nama anda?”. “W-w-waalaikumsalam, namaku Ahmad, anda pula?”, jawab Ahmad dan dibalas PacMan,”Namaku Ali”. Maka bermulalah perbualan antara dua insan ciptaan Allah dari dimensi berbeza.

Ali (PacMan): Tapi, saya hanya mendengar suara Ahmad sahaja dan tidak nampak sebarang kelibat Ahmad? Adakah Ahmad ialah jembalang? Iblis? Dewa? Ataupun……………Tuhan?

Ahmad: TIDAKKK!!! Saya bukan Tuhan. Saya seorang manusia. (Ahmad yang masih lagi kebingungan, berkata) ohhhhhhh, baru saya faham situasi ini. Begini, sedang saya termenung tadi, saya meluahkan kata-kata seperti yang Ali dengar pada mulanya tadi. Saya datang dari dimensi ketiga atau biasa dipanggil dimensi 3D. Ali pula berada di dimensi 2D.

Ali: Oh begitu. Bagaimana saudara tahu yang saya dalam dimensi 2D?

Ahmad: Senang sahaja, saudara hanya boleh bergerak ke hadapan, kebelakang, kekiri dan ke kanan manakala saya pula yang berada di dimensi 3D boleh melakukan juga seperti saudara tapi, jasad saya boleh bergerak ke atas dan ke bawah iaitu menaik atau menurun. Disebabkan saudara tidak dapat melihat ke atas, sebab itulah saudara hanya dapat mendengar suara saya sahaja.

Ali: Ok. Baru saya faham penjelasan saudara, tapi saya masih lagi tidak memahami apakah maksud perkataan “atas” dan “bawah” itu apatah lagi “menaik” dan “menurun”.

Ahmad: Maafkan saya, saya baru sedar bahawa definasi atas, bawah, menaik dan menurun hanya wujud dalam dimensi saya dan sudah tentu Ali tidak memahaminya. Dalam dunia 3D kami, seperti saudara juga yang mempunyai ukuran panjang dan lebar, kami pula mempunyai satu lagi ukuran tambahan yang dipanggil “tinggi”. Saudara Ali mempunyai dua biji mata yang kami boleh nampak pada satu-satu masa. Sekiranya saudara Ali bergerak ke kiri seperti dalam paparan skrin, kami hanya nampak mata kiri Ali sahaja. Begitu juga sekiranya saudara bergerak ke kanan, kami hanya nampak mata kanan Ali sahaja. Sekiranya Ali berada dalam dunia 3D kami, kami akan nampak kedua-dua biji mata Ali.

Ali: Oh begitu. Walaupun sukar untuk difahami kerana definasi tersebut tidak wujud dalam dimensi kami, insyaAllah, akan saya cuba memahaminya juga.

Ahmad: Berkenaan soal ketuhanan yang saudara tanyakan tadi, kita semua walaupun berbeza dimensi adalah makhluk Allah SWT. Memang fitrah kejadian jasad kita adalah berbeza dan dikhaskan untuk dimensi masing-masing. Jadi, sekiranya tiba-tiba Ali didatangkan dengan suara yang ghaib serta perkara-perkara ajaib atau berinteraksi dengan mana-mana makhluk yang tidak nampak, janganlah Ali terus percaya dan menyimpulkan bahawa mereka ialah dewa atau Tuhan. Sebenarnya, mereka semua dari “inti” yang sama seperti kita semua yang datang dari “source” pencipta yang sama iaitu Allah. Hanya “kelongsong” iaitu jasad sahaja yang membezakan kita samada jasad kita mempunyai kombinasi panjang dan lebar atau kombinasi panjang, lebar dan tinggi. Sebagai contoh, Ali juga boleh datang ke dimensi 3D saya, tapi Ali perlu mengabaikan “kelongsong” yang menyeliputi Ali yang digelar jasad kerana untuk sesuatu jasad wujud di dimensi 3D, ia perlu mempunyai ukuran “tinggi” selain dari ukuran panjang dan lebar. Jika tidak, jasad Ali yang sepatutnya wujud di dimensi 2D akan musnah di dimensi 3D. Apabila Ali berada di dimensi kami, definasi “tinggi” menjadi “lebar” atau dengan bahasa mudahnya, “ketebalan”, dan ukuran “ketebalan” jasad Ali, lebih nipis dari sekeping kertas. Walaupun nipis, kami yang berada di dimensi 3D ini percaya bahawa, kertas juga mempunyai ketebalannya walaupun nampak nipis iaitu beberapa micro atau nano milimeter sahaja. Disebabkan Ali membawa jasad dari dimensi 2D yang hanya mempunyai ukuran panjang dan lebar, maka jasad saudara langsung tidak mempunyai ketebalan, sudah tentu jasad saudara di dimensi 3D ini “tiada wujud”.

Ali: Hmm, barulah saya faham kedudukan kita semua sebagai makhlukNya.

Ahmad: Baguslah begitu sekiranya Ali dapat memahaminya. Di dunia saya, terdapat pelbagai makhluk ciptaan Allah yang hidup dalam dimensi yang sama, yang mempunyai panjang, lebar dan tinggi dan zahir pada pandangan mata manusia contohnya seperti haiwan. Akan tetapi, haiwan tidak mempunyai akal. Jadi, ciptaan Allah boleh meliputi segalanya iaitu pelbagai dimensi dan pelbagai kriteria bagi sesuatu makhluk yang dikehendakiNya. Jika dimensi di bawah kami ialah dimensi 2D, maka kami juga mempunyai dimensi di atas kami iaitu dimensi 4D dan seterusnya.

Ali: Ohh begitu. Saudara, sewaktu mula-mula saya terdengar keluhan saudara itu hingga menganggap saudara makhluk jelmaan yang entah apa-apa, adakah saudara juga menerima sapaan, teguran atau sebarang bentuk komunikasi dari makhluk-makhluk yang berada di dunia 4D? Wujudkah sebarang makhluk di dimensi tersebut?

Ahmad: Ya, memang wujud. Manusia menggelarkan mereka dengan pelbagai nama seperti bunian, jin, iblis,syaitan, makhluk asing dan sebagainya. Namun, bukanlah bermakna mereka hanya berada di dimensi 4D sahaja, kemungkinan mereka dari dimensi lebih atas dari dimensi 4D. Seperti saya sebagai seorang manusia, hanya dapat melihat dimensi-dimensi di bawah dimensi 3D sahaja seperti dunia saudara iaitu 2D dan juga dimensi 1D.

Ali: Oh ya, saya dapat gambarkan dimensi 1D itu kerana ianya boleh dilihat oleh saya juga dan hanya wujud pergerakan “kehadapan” dan “kebelakang” sahaja. Kami semua di dimensi 2D ini selalu ingat bahawa kami ini adalah makhluk yang lebih advance dari 1D dalam bentuk jasad, walhal, ada lagi makhluk ciptaan Allah yang lebih advance dari segi jasadnya yang berada di dimensi lebih atas dari kami. Kiranya, menjadi kerumitan juga bagi saudara yang berada di dimensi 3D untuk mengakses ke dimensi 4D dan ke atas?

Ahmad: Benar Ali, kami juga seperti saudara, mempunyai kerumitan. Sekiranya kami akses juga, jasad kami akan turut musnah sepertimana jasad Ali apabila datang ke dimensi 3D ini. Sebenarnya, menjadi agak sukar pula bagi saya untuk menerangkan kepada saudara tentang ciri-ciri dimensi 4D. Saya juga seperti saudara, tidak tahu bagaimana bentuk atau keadaan apabila hidup dalam dimensi 3D. Tapi, melalui apa yang saya dapat tahu dari kajian manusia-manusia yang lain, 4D ialah satu dimensi yang tidak tertakluk kepada sebarang ukuran panjang, tebal atau tinggi walaupun ketiga-tiga definasi ukuran tersebut wujud. Umpama 4 buah kotak yang bercantum dalam posisi yang berlainan. Maaf Ali, mungkin anda pula menjadi pening kerana cuba untuk membayangkan suatu objek yang bernama “kotak”. Haha. Senang kata, objek-objek di dimensi 4D boleh berubah bentuk (shape shifting) yang hanya terhad dalam dimensinya sahaja.

Ali: Ya, tidak mengapa dan saya sedar sememangnya amat sukar untuk membayangkan keadaan bagaimana yang dikatakan sebuah objek bernama “kotak” tersebut. Sesukar manusia untuk melihat rupa keadaan sesuatu makhluk di dimensi 5D, kan?

Ahmad: Ya, tepat sekali. Sebenarnya, setiap makhluk yang Allah cipta untuk berada di mana-mana lokasi yang dipilih olehNya, merasa bahawa mereka mempunyai “jasad”. Seperti mana Ali yang mempunyai jasad berwarna kuning, memahami dan merasai apa itu jasad tapi itu adalah definasi jasad untuk dimensi 2D saudara sahaja. Jasad anda ialah jasad anda tapi tetap dalam definasi yang sama iaitu “jasad”. Begitu juga dengan manusia seperti kami. Jasad yang kami rasa itulah jasadnya. Sama juga dengan makhluk-makhluk yang hidup di dimensi 4D. Manusia, apabila melihat jasad sendiri yang boleh dipicit, dirasa, digenggam, diurut dan sebagainya iaitu “perasaan sentuhan”, turut dipunyai oleh makhluk-makhluk di dimensi saudara, dimensi 4D dan lain-lain. Bezanya, hanya masing-masing iaitu makhluk yang hidup di dimensinya sahaja yang faham bagaimana merasai “perasaan sentuhan” tersebut.

Imaginasi 4D (shape shifter)


Ali: Bagaimana pula dengan kedudukan dunia antara kita berdua?

Ahmad: Kita hidup dalam dunia atau dimensi yang bertindih-tindih. Buktinya ialah saya dapat melihat jasad kuning saudara yang hanya mempunyai panjang dan lebar. Itu menunjukkan bahawa, dunia saudara zahir dalam dunia saya tapi dunia saya pula tidak zahir dalam dunia saudara. Begitu juga dengan makhluk yang hidup di dimensi 1D serta 5D dan ke atas. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan olehNya sahaja baru kita dapat melihat keadaan serta makhluk di dimensi yang berada di atas dimensi kita.

Ali: Hmm, begitu ya. Bagaimana pula cara untuk sesuatu makhluk mengakses dimensi di atas dimensinya? Seperti contoh, dimensi 2D mengakses ke dimensi 3D?

Ahmad: Mati ialah satu cara untuk mengakses ke dimensi seterusnya. Namun, mati dan ke mana Ruh akan pergi adalah urusan Allah. Yang penting, kita diharamkan mematikan diri sendiri kerana ada sebab-sebab tertentu iaitu hidup itu suatu perjuangan. Tiada perjuangan, maka tiadalah kehidupan. Seumpama bermain game yang hanya mempunyai watak yang statik, tidak bergerak, tidak boleh melakukan apa-apa dan tidak mempunyai sebarang cabaran, lebih baik jangan direka langsung permainan game. Tidur dan mimpi juga merupakan satu cara mengakses ke dimensi atas iaitu apabila jasad “dimatikan” sementara. Cara yang paling hampir ialah dengan hanya melaksanakan tuntutan agama. Agama ialah jalan spiritual untuk mendekatkan diri dengan Pencipta. Hanya dengan jalan dan kekuatan spiritual sahaja dapat mengaksesnya. InsyaAllah, hanya makhlukNya yang terpilih sahaja yang akan “dibawa” menjelajah ke dimensi lebih atas. Seperti yang saya katakan tadi, kita semua dari “inti” yang sama sahaja iaitu Ruh. Saudara pun mempunyai Ruh walaupun jasad saudara berkeadaan kuning seperti itu. Sama juga dengan makhluk manusia seperti saya dan juga makhluk lain di dimensi lebih atas. Ruh tidak memerlukan dan tidak tertakluk kepada ukuran panjang, lebar dan tinggi serta ruang dan masa. Hanya “freestyler”. Kematian umpama “menyalin” baju. Jadi, apabila kita berdua dalam bentuk Ruh, maka barulah kita sama-sama mempunyai “kesamaan” iaitu kesamaan bertutur, kesamaan “perasaan sentuhan” dan lain-lain, umpama kita melihat kondisi rakan-rakan yang hidup dalam dimensi yang sama dengan kita. Antara percakapan yang popular di kalangan makhluk manusia ialah “Hidup ini hanya sementara”, “Hidup ini hanya persinggahan” dan sebagainya dan ini sememangnya benar. Yang penting ialah kehidupan kita di alam Ruh sana.

Dunia PacMan jika ia hadir dalam 3D

(PacMan yang mati meninggalkan jasadnya untuk ke 4D)
Ali: Ya benar saudara, hidup hanya persinggahan. Jika begitu, kita akan bersemuka secara “nyata” secara berdepan tidak lama lagi. Marilah kita berjuang dalam kehidupan. Saya pula perlu berjuang untuk menghabiskan biji putih serta buah-buahan kerana itu sudah fitrah kejadian saya.

Ahmad: Ya, semoga kita bersua lagi. Assalamualaikum.

Ali: Waalaikumsalam.

Sunday, May 11, 2008

Pasar Tani Ahad




The newly popular for Mersingite Pasar Tani Ahad. The X-factor for the market is about the location. Situated besides Pantai Sri Lalang near to Muara Mersing this place gives you more than things to buy but beautiful sceanary. While having a Roti Tampal at Gerai Kassim you can enjoy breakfast and looking at boats (fishermen and tourist) riding in and out Muara Mersing...

Also here first time I met Tn Hj Zainal, a british-looks, manager of Seri Malaysia Mersing. Since for the last 2 years i like to 'lepak' with friends at Seri Malaysia and only heard his name and her luxury cars, now I had an opportunity to talk with him. Accompanied with Abang Jumaat (famaous for his satay) Tn Hj Zainal really a nice and humble person..

Thursday, May 8, 2008

Silver Jubilee Dinner MRSM Terendak on 21 Jun,08 !!

Tuesday, May 6, 2008

Jadual Peperiksaan Semester 2, 2008 ( 9-23 Mei )











Monday, May 5, 2008

Cikgu Mazlan Guru Super datang Membantu SPM Biologi 2008

Bengkel Menjawab Biologi
Tarikh : 23-24 Mei, 2008


Thursday, May 1, 2008

Result Ujian Selaras korang

4 Zuhal-Biology

4 Uranus-Biology

2 zuhal & 2 musytari-Science

Wednesday, April 30, 2008

Taufik dah "conquer" semua anugerah akademik..




Kitaorang syak yg taufik telah disuntik DNA Alien suatu masa yg tak dapat ditentukan dahulukala (idea Atiq)




Hasilnya tiada manusia yg dapat menandingi anak angkat Alien ni..




Jika benar bila tiba masanya berlaku perubahan genetik (sebab Alien tu masukkan 'timer' sekali) menyebabkan beliau dengan bijak (dan kejam/licik?) menguasai tampuk pemerintahan negara.(Idea aku ni..)




Di negara-negara lain hal yang sama berlaku..




Akhirnya jadilah peperangan penentuan........(teori kami..he3)

Monday, April 21, 2008

Ujian Selaras 2..dah mula (Isnin, 21/4/08, Selasa, Rabu)



Tekun menjawab ujian selaras Sejarah..sejam shj..ramai mengantuk n tertidur..mungkin sebab guna minda secara maksimum sebelum tu..


Atiqah dah kembali semata-mata kerana exam..nampak okey tp tak sempat sembang lama..Khamis ni Atiqah kena balik JB utk next appointment..moga semuanya selamat n berjalan lancar..

Prepare for exam......

Wednesday, April 16, 2008

Fatimah..anak homeroom 'angkat' 5 cemerlang..

Wawi di Persimpangan..??? Mengenang peristiwa 'hitam' tersebut..


..Apa ceritaanya..?..Apa dah jadi..tanyalah dia..dah okey ke?..

Kuatkan semangat dan teruskan perjuangan...Anggaplah kesilapan itu sebagai pengajaran walaupun pahit untuk ditelan...

Fatihah dah cemerlang sekarang !!!


Alhamdulillah atas usaha dan doa akhirnya beliau memperolehi keputusan yg semakin membanggakan..teruskan kejayaan..
"Don't limit your imagination"

Note : Fatihah merupakan student form 5 dan ex-homeroom 3 Bahaduri 06' (my previous homeroom)

Umi Farhana mencuba pertandingan poem science..


Wish you the best of luck..hebattt

Monday, April 14, 2008

Meriahnya..Birthday kami Berlima !!!

5 members of Homeroom 5 Cemerlang celebrate ramai2 termasuk penasihat..penasihat dpt hadiah 4 pasang baju baby n selai baju tshirt (mak atiqah tolong bli kat Jb)Majlis ni dibuat 'surprise' masa meeting homeroom jam 9.30 pg tadi..maccihhh semua..

Video pun ada..


foto-foto pun ada..

Fina yg ketinggalan bas ke kota bharu..hua3

3 dara pingitan...Atiq (byk general knowledge), Umi (dulu sedih tinggal kat sini..sekarang happy jer), Izzati (yg pendiam..tapi pandai ngayi)


Haa..Faris nak pinjam la buku aku tu (rahsia minda separa sedar),Taufik (always smart),Pisdeq (maintain comell)..


Din yg bersalah...(kalah teruk lari 1500 m)


Wawi tengok jer....



Shila (yg sweet-ada 11 beradik..WWWaa!!) n Kina (big sister) berebut potong kek..





Miss Linda (kanan sekali) yg pendiam tapi tegas dan berwawasan..nak jadi menteri..hope so



Advisor yg tak pilih kasih..(tak ada pet student..semua sama saje..once in a life time)




Ole-ole dari Ayah Wawi balik dari Sabah...rebutt..

Laa..comelnya baju..aku ada 3 baby skr..baju ada 4 pasang..cukup2..

take turn posting news in cikgurahman blog..luahan..jenguklah http://cikgurahman.blogspot.com..promote lagii..

Kecewa mengenang dpt no 7 dlm 1500m..tak dak ke siapa nak pujuk ??

Mr Pisdeq kita yg glamer..

Mr Faris,Presiden yg banyak mengkaji tentang mind power..

Rupa-rupanya ada guys yg melepak kat bwh tu..tgoklah ape diorang buat..

Mr Faizul..Rompin boy yg low profile..(good heart person)






5.

Harga barang di Tunas Manja pd 3.1.09'

  • Telur golden star 30 biji..RM9.99
  • Diapers Huggies XL60..RM36.50
  • Diapers Huggies L72..RM36.50
  • Pencuci pinggan Sunlight 1L..RM5.35
  • Detergen pakaian baby Pureen,800g..RM14.90
  • Tisu basah Pureen 2x100ply..RM10.90
  • Minyak masak Saji 5kg..RM12.49
  • Tisu Royal Gold..4 kotak x80's3 ply..RM7.50
  • Santan kotak Kara 1000ml..RM6.50
  • Sardin Botan mackerel 420g..RM4.90
  • Susu pekat F&N 510g..RM2.55
  • roti Gardenia Bonanza Saver (sandwich)660g..RM2.80
  • Julie's Cheese Cracker 250g..RM2.50
  • Maggi Kari 5 pek/82g..RM3.99
  • Biskut Krim Kraker Cap Ping-Pong428g..RM3.89
  • Gula Pasir kasar Prai 1kg..RM1.45
  • Tepung Gandum Cap Sauh 1 kg..RM2.49
  • Adabi serbuk Tom Yam Putih 40g..RM0.70
  • Knorr TomYam 6 kiub..RM2.60
  • Knorr Ikan Bilis 6 kiub..RM2.40
  • Maggi TomYam paste 30g..RM1.00
  • Gula Manisan 5"..RM1.45
  • Gula Merah 1 kg ..RM3.50
  • Bubur Caca 1kg..RM9.90
  • Ubi Kentang Holland 1 kg..RM1.99
  • Kobis bunga 1kg..RM4.99
  • Cili padi kampung 1 kg..19.50
  • Tomato 1 kg..RM 4.50
  • Halia Tua 1 kg..RM3.39
  • Kobis manis bulat 1 kg..RM4.69
  • Timun 1 kg..RM1.20
  • Bawang Besar 1kg..RM1.89
  • Ayamas Black pepper Frankfurter 300g..RM4.40
  • Ayamas Chicken Frankfurter 340g....RM3.30
  • Burger Ayam Ramly 700g.....RM6.80
  • Telur golden star 30 biji..RM9.99
  • Diapers Huggies XL60..RM36.50
  • Diapers Huggies L72..RM36.50
  • Pencuci pinggan Sunlight 1L..RM5.35
  • Detergen pakaian baby Pureen,800g..RM14.90
  • Tisu basah Pureen 2x100ply..RM10.90
  • Minyak masak Saji 5kg..RM12.49
  • Tisu Royal Gold..4 kotak x80's3 ply..RM7.50
  • Santan kotak Kara 1000ml..RM6.50
  • Sardin Botan mackerel 420g..RM4.90
  • Susu pekat F&N 510g..RM2.55
  • roti Gardenia Bonanza Saver (sandwich)660g..RM2.80

Harga barang di KINI pd 3.1.09

  • Susu Dutch Lady 123 choc 700g..RM16.80
  • Beras Nasional 15% 10kg..RM18.00
  • Biskut baby Farleys 360g..13.50
  • Detergen Dynamo 2 Liter..RM13.99
  • Detergen Dynamo 3 liter..RM18.90

Harga barang di Guardian pd 3.1.09'

  • Diapers Huggies UltraXXL26..RM28.98
  • Susu Novalac AD,250g..RM22.50g